Dlm boat nak ke pulau

Dlm boat nak ke pulau

Sunday, October 9, 2011

Belalulah sudah ramadan dan syawal...

Berlalu sudah bulan ogos dan september promosi untuk raya bolehlah tahan sket hasilnya...atas bantuan kenkawan sekelilling dan juga jejiran yang seronoknya jualan tuk jusco baik meningkat lapang dada...namun bergitu masih belum memuaskan lagi... byk lagi perlu diperbuat.... Sungguh pun ada kemajuaan (alhamdulliah) tapi belum mencukupi bykruang harus diperbaiki . tak boleh nak mengharapkan saja kawasan sekeliling nak membantu... ade juga mencuba diluar daerah dgn menghantar email ke bajet hotel atau restorent...diharap dgn cara nie boleh benafas lega.... yelah sesungguh kalau dapat dipecahkan ruyung baru lumayan seh....Tapi ape yang buat tersenyum bila org dari jauh pun cari dan minta servis kita.....

Friday, July 8, 2011

Rasmi sudah....

Tanggal 6 jun 2011 menjadi saksi majlis perasmian kedai dobi DELIMA CHUCI termenteri sudah...Ibu kami Hajjah Dalimah telah merasminya dalammajlis yang agak sederhana.. hanya kawan terdekat jiran dan saudara serta adik beradik sahaja yang merainya..Okeylah kedai juga comel je sederhana besarnya semoga dapat memberi peluang rasa berniaga secara lebih serius.. mungkin ada debarnya tapi yakin 9 dari 10 pendapatan dari perniagaan.. insaaalah semoga berjaya amin...
 
 Dalam masasebulan nie agak slow juga dia punya flow tapi tak pe dapat juga bayar sewa dan bil api air kira okey juga...Pada mula nie hanya kengkawan serta sedar terdekat aje yang menjadi pelanggan kami...tapi semakin hari ada juga jiran terdekat dh mula menjadi pelangan tetap.. alhamdulliah semoga byk lagi yang datang.. ade juga kami merangka rangka strategi tapi takpe tunggu dulu bila agak stabil..tindakan akan dibuat cuma bersabar dulu (macam nak pecah kepla menahan sabar takpe sabar...)terkadang baru tau bila kita dah jadi bos fuh.. strategi kena bagus tanpa menekan orang keliling.. ialah dulu kita peduli apa fasal sale tapi sekarang sentiasa fikir fasal sale sale sale.. pade awal awal nie selalu call akak yang jaga kedai ade tak sale terkadang dapat jual air satu tin pun dah syukur banyak fasal ade orang sudi beli di kedai kita...kerana berkeyakinan kalau ade seorg yang sudi tentu insyaallah yang lain pun akan beli...

Sunday, May 29, 2011

Dugaan...

Agak pening juga.. bila apa yang dirancang agak terganggu sedikit. Kalau ikut perancangan Mei dah mula operasi kedai tapi tak di sangka dan amat memaranjatkan bila diberitakan kepulangan kerahmatullah suami kakak yang di muar pada 16/5...dan pada masa tu kakak tengah sarat jadi angah dan mak temanlah sampai selamat melahirkan anak seorg perempuan Ruhil Aisyah Fateha secara pembedahan...
 
 Bagaimanapun semua brgan di kedai semuanya dah selesai dan sudah mula beroperasi... cuma kengkawan terdekat yang byk menolong dan menyokong dgn memberi comfoter , sarung kusion dan sbgnya.Ialah buat masa ni tengah buat ujian sabun dan pewangi mana sesuai dan juga mendengar komplin org ramai..

 Dan mungkin 4 jun nanti akan dirasmikan.... semoga tiada halangan dan akanberjalan selancar mungkin...

Wednesday, April 27, 2011

In progress

Setelah memikirkan walau tak sedalam lautan tapi lemas jugalah...akhirnya nekad pertama dibuat..bersama rakan kongsi yang bukan org lain adik kakak dan anak sedara memulakan operasi menjana impian....
 Kami dah mulakan pelbagai tugas mana yang kena pergi corse, sattlekan pembelian brgan dan cari tapak... dan sesungguhnya impian itu ddah hampir terlaksana...

Tanggal 17 march 2011 telah terlahir sebuah pakatan 4 bersaudara yang ingin turut serta merasa dunia perniagaan...Walaupun tak sehebatmana cuma bisnes kecilan..pembukaan kedai dobi ala ala cafe yang dilengkapi wifi..perancangan awal kami ingin membuat dobilayan diri dimana pelanggan membasuh baju sendiri sambil menikmati keenakan kopi dan nasi lemak atau pun roti bakar dgn ditemani wifi agar tak merasa bosan sebab boleh fb layan google atau apa saje dgn alatan morden itu..

Dgan terlahirnya DFAN RD kami memutuskan untuk menjalankan bisnes pada awal jun..maka bermula 1 april  pelbagai perkara dah sattlekan dari mencari kedai dan telah di ubah suaikan hanya menatilampu siap dipasang. Hampir semua brgan telah dibeli cuma utk disusun atur...Oi...tak sabar rasanya nak melihat semua ini....hampir sebln sekiranya menikut jadual awa lmei dah boleh operasi...cuma jun di rasmikan...
sekiranya tak ada masalah kedai akan di beri nama Delima Chuci.

Diharap semuanya akan berjalan lancar walau dalam masa sebln dua niepelbagai masalah kecil tapi menguris perasaan mencuba melemah fikiran tapi bersabar dan cuba memahamkan situasi dan menanganinya dgn sabar..semoga Allah merahmati...

Sunday, March 27, 2011

Cuba nak menjana impian

Lama dah difikirkan cuma lambat dilaksanakan , munkin tak mudah untuk memebuat satu anjakan paradigma.... ialah membuat sesuatu yang bukan rutin biasa....dan apatah lagi ia melibatkan masa depan ataupun ada resiko...ialah apa pun hidup memang ada cabaran...terkadang terfikir juga untuk apa memilih pancaroba sedangkan kita boleh pilih rutin...yang lebih tenang dan mudah....
 
Mungkin itulah impian dan pengharapan...kita cuba nak berubah dari baik kepada lebih baik biar pun susah dan ada rasiko tetap teruskan kerana impian...Pelbagai jenis impian ada yang semudah membeli brngan dikedai atau setinggi astronat di angkasa...itu tak menjadi hal cuma yang penting pasang impian dan yakin akan kesudahannya nanti dgn pengharapan dan berusaha mencapainya.

Memasang impian sehingga terpaksa membuat satu anjakan paradigma memang bukan mudah..Ianya tak semudah impain kli pertama...(list dlm simpanan akak)..akan dikhabarkan...ianya buat pelbagai pertanyaan tentang kemampuan...akan berpanjangaan atau bolh berjaya tak..tapi ada pepatah yang berkata berani gagal baru berjaya...tapi tak nak gagal kot...ialah usaha tangga kejayaan...apa yang penting kerjasama...bersatu teguh bercerai....ingat artis ke...
 
Apa pun kita hanya berusaha..merancang dan merealisasikan cuma kejayaan dan keberterusan milik Allah tuhan maha pengasih dan penyayang lagi maha pemurah....

Monday, March 7, 2011

February...Penyu menangis siapa yang tahu

Tak tahu adik tak tahu
  sendu.....hatinya sendu...
tak tahu adik tak tahu...
  
Aaaa....aaaa....menangis akak....tanggal 22/2/11 cheh...sungguh durjana itu perampok sudah cuba dan jayanya memasuki rumah dan dengan rakusnya dia mengeledah serta menyepahkan rumah.Bukan itu aje dia ambil aa.......aaa...tv....tv...LCD 42 dan DVD player..kamera canggih adik dan byk lagi brgan letronik...sebuk juga lah nak selesaikan ke balai polis dan juga pengurus kawasan perumahantapi yg tak best bila terdengar desus desus dan mengatakan kita org hanya berderama aje keciwa rasanyatapi takpelah dah dasar org ygtak cukup kasih sayang memang bergitu biarlah dia terjun dgn labu labunya.... cam mana pun
.kesian kita orang dlm umah dah lebih 2 minggu tak menonton berita tak tengok astro dan cerita dvd rasa cam....aai tension........kat rumah ada computer ape lagi berebut mana nak main game mane nak berinternet dan nak tengok cerita-cerita dlm dvd....leceh betul...
dik kerna malas nak berebut (maklumlah jenis byk mengalah walhal pc tu akak yg punya) bukak kitab lama ternampaklah mak akak dia puji "aaa..bagus jangan beli lagi tv baca kitab atau buku berfaedah"...sekali fikir memang best kena pujingan mak macam anak bebaik...apa setahun tak yah beli tv...rasa nak jadi zombi ade nanti zombikgpisang dah abis ganti ngan zombi frust tak tengok tv...lagi haru...ooo tak  mungkin...
  Tak mungkin dan kerana itu dalam diam diam akak telah memaksa adik dan kaum keluarga yg lain bagi donation nak beli tv (mesti LCD 42 panasonic lagi) dan insya allah ianya akan terjadi yey...yey...dapat tenguk tv balik yey....yeh...Brangan yang lain tunggu rezeki mana tau berkat getah naik harga dan tanah kat kg menunggu laluan andai telah ditakdirkan dapat untung sejuta apalah sangat brg yang hilang tu... asal jiwa kental dan masih dikasihi allah tak ade ape nak berduka cita kan..kan...amin...
 

Tuesday, February 15, 2011

Sedekad milinium berlalu..

Diam tak diam dah 10 tahun milinium dulu popular dengan nama y2k....skrg dah 2011 mungkin tak terlambat untuk merasakan tahun baru biar pun dah february (tahun baru cina pun dah berlalu)tapi masih ada 10 bulan lagi nak ditempuh dan diatur perjalanan hidup.
 Mengenang permulaan milinium memang agak perit..menjadi pengutip anggur hampir 5 bulan perhg...sedikit perit tapi pandailah cari duit buat insuran, jual brg direct selling dan apa apa kerja yang berkaitan. Sungguh pun agak teruk dari segi kewangan sebab ade kereta nak dibayar dan apa apa bil nak di settle tapi dari segi kerohanian ok... malah amat merindui saat saat mengaggur dulu..Bukan nak kata apalah masa tu...kita tidur tak menentu...mula mula tengok tv samapai abih siaran...boring...pas tu start mengaji.....dan akhirnya sampai 5 bln tak rasa nak kerja asyik...tapi bila mengenangkan tak nak menyusahkan org keliling terpaksa pilih utk berkerja
mujur first time interview terus ade peluang dan sampai sekarang diam tak diam dah 10 thn kerja....
Menyelusuri 1 dekad milinium nie memang lain dan lebih mencabar bermula ditpt kerja (byk politik) dan usia yang dah berubah angka depan yang nak mengingatkan kemana kita selepas nie..masih nak kerja atau nak beralih jadi boss...Tue yang tengah difikirkan tak taulah bila nak ditindakkan...
 Jadi belum apa apa nie kita buat dulu apa kita nak...pi melancung sambil belajar kut (tak kira luar dalam) atau masuklah klas mana mana utk menambahkan ide...nak jadi apa kite selepas nie...ialah sedekad milinium dah berlalu....cuma tunggu sedekad ke 2020 (sikit punya popula masa Dr M memerintah)

Monday, February 14, 2011

Kenangan terindah 3 hari 2 malam

Pagi yang indah..aku dah bangun dan menghirup udara segar (bagai nak bawa balik itu udara) dah mengliat kalu bukan bersenam..Ooo.. cepat aku ajak adik terus panggil mak dan akak serta kaum yang lain cepat...kang di penghujung dunia lagi tempat kita... dan tanpa berlengah dan ala ala tentara pencen memasing siapkan diri dan terus menyerang sebelum tewas ditangan kaum itu...Peh..tapi bagusnya tak ada dia orang tak ade haa...main lagi mercun sampai malam malam pas tu ke pantai mengekek ekek cam tupai nak beristeri sampai ke pagi...kan susah nak sarap...nengok kita org merasai nikmat bercuti dgn meghargai khazanah alam maya menghirup udara bersih,berjemur di pagi hari (kalu tengah hari terus legam) dan bersenam renggang badan atau berenang di laut.(kat bandar mana dpt yang ade suma dah tercemar tak selera lah).kan...kan..macam tue baru poyo kan alah kekadang skema pun bagus juga...jgn nak seronok sampai cam org zaman kelmarin main mercun ketingalan dan bodo (org dulu main mercun ade sebabnye yang mlm kelmarin tu diorang main nak show-off lah tu jln dah ...)
  Sengaja aku mengabil masa hari tue...mengenang itu hari last so mengnikmati sarapan sambil memandang ke pantai melihat org mandi manda atau belari lari anak .Terasa sayang macam nak tinggal lama (patutlah ade org kate org yang kerja kat kawasan pelancungan asyik rasa macam bercuti panjang) tapi apa nak dikata....Abih pukul 2 ptg boleh check-out jadi lepas zohor kita keluar so sempatlah bergambar...pastu jalan menuju jeti..dah tak rasa penat cepat je dah sampai jeti...sambil menunggu boat bolehlah menikmati pemandangan di laut luas..nampaklah pulau pulau berdekatan spt pulau tinggi aur dan pemanggil dan benar benar di jauhan nampak tanah besar...dijeti taklah sebuk sangat hanya kekadang adelah boat nelayan melewati cuma ade satu kapal layar atau yatch sederhana menyelusuri sisi pantai em...nampak gagah dan megah cam nak beli satu buat koleksi....
Dan yang mengagumkan dan cam tak pernah lihat situasi ialah melihat penyu berenang renang disekitar jeti bagai melambai lambai kami..ya..dengan warna kehijau hijauan menyelusuri samudera.....dan yang pasti dikejauhan boat kami menghampiri dan menjemput pulang...kali nie atas saranan kak ipar kami sumua kena pakai life-jacket..barulah aman rasanya kate dia...dan semamangnyawaktu pulang itu lebih cepat rasanya dan pengalaman melompat lompat kurang dirasai...
Sesampai di limbungan baru tau keta tak boleh keluar...mungkin kena denda atau saman...nasib le dalam pade ramai kat situ ade sedara org kastam make kami pun beramai ramailah dapat keluar kalu tak tunggu....
setelah lunch pergilah membeli brgan cendera hati kami pun pulang ke jb...berakhirlah destinasi ke Pulau Babi Besar (13/2-15/2/2010)

Monday, February 7, 2011

Baru balik dari Langkawi..

Fuh.. penat sungguh seminggu di Utara Semenanjung...Perjalanan ade skit problem dgan banjirnya hampir tak dapat ke utara tapi ada upaya akan berjaya..tapi nanti dulu kisah di Langkawi akan diceriterakan jua...
 So apa pun kite sambung dulu cerita di Pulau Babi Besar..Pagi yang indah bila udaranya benar-benar sejuk nyaman dan kedinginan bukan untuk mencucuk tulang tapi benar benar mengoda untuk sambung tidur...takan nak tidur kot kalau dah rasa puas kan...kan...jadi dgn malas tak malas melangkah keluar jalan-jLn sekitar chelet benar-benar menghirup udara segar yang belum tercemar ....menjejejak kaki dan merasa embun yang membasahi rumput yang malar menjalar sebalik pasir...Eemm..nyaman dan mengasyikan terasa lapang dan santai pastu apa lagi sesiap le nak bersarapan pakai baju kering ala ala lembab (sejuk juga tapi malas nak tukar baju dua tiga kali aku gasak je pakai baju ke kolam semalam) terus ke lobi makan....Sarapan boleh tahan ada mee goreng dan nasi lemak bersama sambal kosong,telur dan ikan bilis goreng..dan utk western pan-cake reroti dan sup..apa yang penting rasa boleh tahan dan muai...
 Setelah selesai kami sekeluarga bersarapan terus cepat-cepat conquer bilik tv.pasai apa kakak kita tengah buat promotion catur bistari dgn fazli (penyayi tu)..dia surah kita tengok dia (so kita org pun nengok le....) apale..masuk tv cuma 5-10 minit tapi terpaksa batalkan trip...yelah apa boleh buat dah kerja dia...pastu apa lagi jadi penyu dugung atau apa saje yang setara terus ke kolam mandi la..berenang ala ala itik bergumbira bersama itu ank saudara la...Mulanya planing nak pi island hopping tapi gelombang dan gelora tak dibenarkan kalu tak boleh juga snokling. Tapi mandi manda di pesisiran pantai boleh.Lepas sejam dua dikolam balik chelet dah kesejukan tapi nak sedara dan adik kepantai sambung mandi..Tukar baju pastu main board game dgn sapa yang tinggal..baca buku... minum kopi...huh best cuti yang amat melegakan benar benar rest cuma satu je yang tak de kat pulau tu..tukang urut atau spa..kalu ade lengkap cam berangan di ambang sorga hi...hi..hii...hai hai melalut..
 Sebelum makan tengah hari saje jejalan tepi pantai yang ade pokok (redup sikit) tengok pantai dan rasa kaki kelaut jalan pelan pelan sambil mengnikmati deru angin dari laut menyapa...pantai putih saujana mata memandang tak ada batu batu besar yang menguasai..hanya pasir putih..memenuhi dan ombak menghempas pantai..Bergitu simple tapi menarik dan menawan kalbu...chehwah..
 Lunch..baru terperasan org semakin ramai..memula cuma org melayu,india dan mat saleh skrg satu lagi sudah mari..lagi ramai oooo sudah mula menyerang pulau..jadi spot spot popular dilobi makan sudah di penuhi la...mau pilih pilih tempat tak ade lah...terus ade spot duduk jage..kalau tak nanti kena ambil ngan kiasu...menu mcm biasa ikan mask kicap ada gulai..sayur goreng..yang bagusnya nugget tak pernah lepas mesti ada..
Lepas lunch tak de activiti hanya dok chelet nak ke pantai panas...(sidegil je kepantai) baca buku pas tu ngorok...bangun ngan semangat salin baju terus kekolam...mak aii..ramainye puak nan itu bile dia sampai pakai baju ngalah mat saleh nak juga sound ooi...kita org m'sia sopan le skit..tapi bila mengenangkan mak ayah dia org pun tak kesah apa aku kesah lantak kome buat ape yang patut tapi kalu berani ngusik kami nunggu je...coba le...tapi ade bgusnya bila nengok kita org sampai dia org malu agaknya tak lama tuh mereka suma ke laut...pantai.
 Diner jgn cakap bebetul dah kena srg itu pulau babi basar sudah kena serang...penuh dan memenuhi segenap ruang..jgnkan hot spot hujung tanjung pun mereka ade (apa taun baru tak duduk rumah ke) jadi terpaksa le kami hujung sinun dapat kumpul sekeluarga maklumlah hari nie menu ade special skit tambah spegeti laju dan laku betul makanan bebetul dia org nie kebuluran (akibat mandi kolam dan pantai) crew crew masakan cam tak menag tangan memasak hidangan abis licin spantas api membakar..abih (tapi bagusnya dia org pro cepat je dah masak) tapi apa pun tak bestnye belum puas menikmati makan malam mereka itu main mercun da...pom...pom...pom naik melatah akak dibuatnya.Hilang selera nak menambah tapi dah berb..sendawa kedua kalinya..pa lagi minum kopi santai santai tengok org keliling..tapi bila dah asyik sangat mercun meletup malas lak nak melepak balik chelet lagi bagus...main game..dan tidur....

Sunday, January 30, 2011

On the way to Langkawi.

Hari nie tak cite pasai Pulau Babi sebab dah nak pi Pulau Langkawi..pasai apa mlm nie chek..nak naik ketapi ke kl pas tu pi LCCT dan flies me to the moon..nak khabak..nie pun first time ke utara .tak pernah kesana rase cama katak dalam gelas tau cerita tau tentang sejarah dan budaya cuma tak pernah menjejaki saje.
 Sedari mula berkerja setap tahun berkelah atau jalan-jalan ke resort cuma ianya sekitar negeri Johor aje...Cuma kekadang ikut kakak treasure hunt company dia buat trip..adelah keluar daerah sikit itu pun ke Melaka dan N9.
Dipantai timur kampung kat pahang tapi Raub jadi lebih kearah barat  dan KL selalu singgah dan membeli blah (kaka kite yang shopping kite harem..) jadi memang selalu atau setiap tahun la.. kesana..penah pi Kelantan ade cerita disana nanti boleh di kongsi juga(bad story skit yang munking tak nak kesana).boleh kate teruja untuk Terengganu cantik dan menarik...munkin akan kembali untuk mengunjunginya...
  So diharap pengalaman yang indah akan dibawa pulang dan dikongsi bersama semua ya.. dan doakan agar selamat sejahtera pejalanan pergi dan balik insyaallah..amin.....

Saturday, January 29, 2011

Indahnya Pulau....

Mungkin kerana teruja sangat naik boat... aku rasa sedikit letih,tapi masih sempat juga aku memandang keliling dihadapan jeti menuju ke pantai putih bersih...diselang -seli dengan rumput yang menjalar dari kejauhan sungguh unik sekali...bila kupusing kebelakang arah laut wow...angin benar benar menyapa seolah olah nak bercerita tentang apa yang nak dirasa ...kehijauan laut biru bagai khabar misteri untuk diterokai..munkin kerana kami akan dibawa snorkling mengikut perancangan jika tiada aral...
 Sselepas mengeliat menguatkan otot (ade ke) aku bejalan ke resort jalan sambil pimpin tangan mak atau mak yang pimpin tangan aku..itu tak pasti,tapi apa yang pasti sampai jugalah kami...disambut dilobi resort disambut dgn kata alu-aluan dijemput minum..(dan oleh kerna dah pukul 1 dan keatas maka dijemput untuk lunch) dan disebabkan baru melawan gelombang dan juga sarapan berganda make tade selera nak lunch..amik skit je..mungkin tak rasi lagi rasa masakan agak masin...
 Tak lama dilobi lepas adik settle tentang chelet aku terus ke chelet...tak ingat bebetan dan ape lagi basuh muke dan terus titon...
Inilah chelet kami tinggal
 Ape yang bagusnye... sebangun dari tidur aku sedari baju barang yang macam nak buka mini market semuanye dah disusun rapi oleh bonda..dan ku lihat bonda senyum aje melihat gelagat  cucu yang asyik merengek nak mandi kolam dan ke pantai..mana tak cucu yang remaja tak kuasa nak membawa yang bebudak nie ke pantai malas nak jaga yang kite malas nak pergi pasai panas lagi..jadi akak yang dah puas tidor nie dgn separa macho salin baju renang(tapi bukan bikini dan juga seksi cuma baju t dan seluar trek) ajak bebudak kekolam dgn boya ikan dan donut.
Puas hati anak sedara berenag di kolam
 Dikolam renang agak ramai dgn mat saleh seksi berenang kehulu kehilir....tapi bila gerombolan kami datang mereka bagus memberi ruang dan beransur pergi samada kepantai berjemur atau balik...mungkin kita org agak berpakaian sopan walaupun mandi manda mat saleh yang seksi maxi tadi pakai baju t dan berjemur sambil membaca...(itu yang aku perhatikan budaya membaca dia org bleh kate tinggi kemana pun lepas mandi tak kira pantai atau kolam berjemur je baca buku)Aku perhatikan saing kita org tak nampak kat kolam atau di lobi yang ade dikeliling kbykan org yg terdahulu mat-mat saleh,keluaga korea dan keluarga singapore(muka aala arab).Dikeliling kolam kira banglow banlgow cantik dan agak besar..kalau nak banding dgn chelet kita org agak hazab . Chelet tu agak kecil kalau di seradak dgn 4 org cam sardin tapi bagusnya bilik air bagus dan bersih ade acond serta yang terbagus ade aisbox...sejuk minimarket akak...
Pemandangan waktu petang
 Bila ari nak beransur gelap adik dan anak sedara semua nak ke pantai so aku sound dia org boleh asal balik sblm magrib..lapas 6 lebih aku naik dan ke chelet mandi dan slin baju...duduk gan mak bebual sambil makan keropok ...nengok kecantikan tempat sekeliling ade juga nampak mat salih baru keluar dari jungle tracking..
jadi byk juga activiti kalu nak buat kalu rajin boleh jungle tracking snocking island jumping atau berenang sambil menenagkan fikiran tapi betul tau tiap kali berendam di kolam rasa tekanan perasan tu keluar pelahan pelan..
 Pukul 8 kitorg ke lobi makan mlm masakan sederhana ikan kembong masak kicap telur rebus nugget hot dog telur hancur dan sambal kosong.syur kacang dan bebuah serta ade mee goreng rase makanan kira sederhana boleh dimakan cuma akgak masin mungkin org laut pae yanag beri merit dia byk dan muai tak seperti ade kbykan resort berkira sangat tang makan..dah lah kita asyik berenang tentu byk kelori dah terbakar tentulah lapar kan...kan..
 Suka juga nengok anak buah macam sopan nak sopan dan teragak agak ngan anak mat saleh..(budak cepat mesra tak kira bangsa dan bahasa boleh je dia kominikasi)lepas makan minum kopi..bebual ngan kakak dan emak..aku tengok org tak berapa ramai sangat hanya beberape keluaga..Oooo..bila diingat 14 feb (febuari datang lagi dgn kehangatan semalam.. tanpa ku sedari...)patutlah dia org memerap dlm bilk dan adik ajak aku kepantai memlam malas nak ikut suruh abg tmn dan anak saudara aku kebilk sakit perut ajak mak teman takut balik sorang sorang...so berakhirlah satu hari satu malam di pulau...

Saturday, January 22, 2011

Jeti Mersing jadi saksi..

Janji pagi nak pergi tunai tetap tunai pukul 8 dah betolak semangat sungguh dengan sengaja tak berserapan sebab tak biasa memandu perut penuh nanti nak titon...Bergerak ngan unser dan waja abang meluncur laju ke destinasi sambil mengnikmati keindahan alam semula jadi.Actually nie bukan kali pertama memandu ke Mersing tapi tak tahu kenape macam lebih ambil pusing tentang Landmark disepanjang jalan.ade juge perasan tentang kubu jepun,awas kawasan lintasan gajah dan juga ladang dragon fruit.(mungkin dulu org yang drive aku tido..skg nak pergi tak kembali ke kalau driver yang tido).Disepanjang jalan tue tau juge aku yang Mersing nie dah banyak kemajuan..Mutu jalan raya dah semakin bagus dan sekolah berasrama penuh dah ade dan politeknik serta ILP dah ade..kira moderanlah...kalu nak di bandingkan di awal 90an..

Mersing...bukan pertama kali datang banyak juga nostalgia dimana diawal 90an(masih belajar di IKM) bercanda dipasiran pantai bersama klic majalah ikm berkelah..make- make....berenang belari di tepi pantai (masa tue boleh lagi..skrg nak mampus buat laa...) dan bercin...ta...(skodeng org je..aku dari dulu cool je..)..dan bila mana dah melangkah kealam perkerjaan dan pergi company trip jauh sikit ke pantai penyabung fuh cantik...Mersing memang cantik..pantai landai dan dengan beraninya berang sampai tgh ...masa tue ada member berenang sampai ke pulau dpn (ape nama pulau tue itu aku tak tau) fuh keseronakannya tak dapat dinilai kehebatan mase muda yang terkawal (kita budak baik tau) membuat istana cinta sambil menyanyi dan dia petik gitar (peliknya aku nyayi dagdut dia main lagu hotel california tue yang tak ade sefahaman tu..tapi belasah je janji happy) Bila kita berkelah nie memang bagus boleh megeratkan perhubungan sebab mase trip tue aku nengok pasangan yang dah kawin dan dah beranak pinak macam gembira dan air muka diorang taklah nampak tension...(so disarankanlah company tu buatlah trip utk perkerja tak yah jauh jauh dedekat pun boleh janji picnic)

Ooops..bebalik perjalanan ke pulau menyempang lak..Akhirnya pada pukul tengah hari sampai lah dikawasan berhampiran jeti mersing ...Jadi dgan perasan pandai masuk ke kawasan jeti dan parking disitu amik tempat stratgi.. lepas tu dgn cepat cepat ambil bekal makanan pasai dah teramat kebulog..sebab tak sarap..so dgn separa pelahap make- make dgn byk nye alias singa afrika...mase tu mak hidang nasi lomak akak makan dia sua ayam akak sapu kakak ipar buat sandwich abis ditelan karipap masih di tangan fuh... macam org bersilat pantang sua sapu bujur lalu melnitang pukang di jadinye tapi sopan tetap sopan cuma jumlah kandungan yang banyak nampak macam pelahap..Eeerup...alhamdulillah....kenyang juge akhirnye..lapas tue ape lagi ke bilik air settle down ape yg patut dan bole dipuji juga tandas bersih (diharap sampai sudahlah)lepas tu pusing-pusing mersing sikit... bandar kecik je..oleh kerana kite org agak ramai dapatlah satu pot..so nyambil duduk tue kite cuci mate melihat org ramai..boleh tahan juge org nak ke pulau lepas satu satu trip kesana..terfikir juga kenape ramai org rerupanye..minggu tu 14 feb. org velentine patut ramai couple .cheh... org nak celebrate akak..juge solo...

Dan akhirnye waktu ditunggu pun tiba 2 speed boat dari resort kami menjemput oleh kerana kita org ramai (15 org) jadi satu boat tu kite punye so menyusunlah barang..fuh sikit punya byk, beg baju tue tak pe lah tapi brg sampingan makanan (mee segera sekotak,mineral water sekotak air sedap pepesi dan sebgainye sekotak makanan ringan sekotak dah macam kedai runcit) board game pun aku bawak fuh meriah..maklumlah unser 40 penyamun katik pun boleh angkut.Segan juga dgn crew yang nolong angkat barang tapi ape aku kesah pengalaman dulu mengajar kalu pergi kepantai tak bawak cukup air mineral kau taulah peritnya kehausan..naik kecingmanis minum air sirap yg dijual....

belum mula muka dah pucat dah

 Juragan yan bawak speed boat tue cakap ade gelombang sket so sesiape yang gayat duduk dibelakang..jadi kami yang berusia nie keblkng dan bebudak duduk dpn..ade dinyatakan yang kalau nak pakai save jacket ade tapi biaselah leceh jadi tak pakailah..ini memang first time aku ke pulau dgn boat..peh..tak tau nak kate ape..dlm minda mmg takut dan gayat..tapi tahan macho dpn anak anak buah.seketika itu terasalah keberangkatan boat atas air ( tapi bila boat dah agak jauh skit dari jeti yang aku ngerling ujung mate boat nie seolah bukan atas air sangat tapi didlam air cuma tingkap dia atas air)fuh...name pun speed boat dia bawa lajulah itu boat lompatlah lompatlah kami pun terlompatlah dan kau taukan memula aku ade cite pasal makan ampir nyesal akak makam byk yg bujur lalu tadi jadi dgn kudrat ynag ade aku tahan jebat... ku bawa pandang ke arah boat lawan aku pasrah...ku ubah pandang gelombang di luar peh.... lagi terharu kutahan tetap tahan mujur....diakhirnya perjalanan 30 minit aku berjaya manahan perasan nak termuntah bila aje nak jeti di Pulau seberang hati terus gumbira....melonjak-lonjaklah

Kaki ini melangkah naiklah ke jeti sampai ditempat duduk aku berehat menghela nafas selama 1/2 jam berperang perasaan..Menghirup udara pulau ya memang segar walau agak panas tapi rasa nyaman dan selesa dan jauh dari pencemaran alam....Semangat aku tetiba down kejap bila diberitahu kena jalan lbh kurang 300m lagi baru sampai ke resort abih brg...mujur ade perhidmatan pengangutan brg barulah tersenyum..pastu nak jalan 300m pun jalanlah....

Wednesday, January 19, 2011

Petama kali ke pulau

Hidup dlam alam fana nie lama le juga... hampir nak separuh abad tapi lambat lagi la....tapi pengalaman ke pulau
memang tak ade.. dulu... lama dulu masa berkongsi pasport ngan mak merasa le ke singapore...nengok org yang kat dinding ade yang dilukis atau patung-patung yang berkesah.Masa tu teruja juga sebab dinding tu dia ade kesah sejarah atau cite dongeng...Memang sedari azali lagi hobbies dengar cerita dan bercerita...

Okey bebalik tentang first time ke pulau...idea nie dari abang ipar . Dia suruh kite org set kan satu tarikh untuk melancung...dan oleh kerna taun baru cina cuti panjang dan waktu tu juga le ade sen lebih sket makanya kami semua pun ber setuju untuk pada tarikh itu.Tapi perancangan kami tak kena pade waktunye utk ke Langkawi tade tempat lagi dan ke Tioman off season jadi hampir tak dapat gi..Dan akhirnya dapat juga satu tempat cuma...tak bestnye nama dia tak rock langsung ..ade ke patut nama sikit punya banyak tapi dia bagi nama menatang tue ..Babi.. oops bukan mencarut.. tapi memang nama pulau tu Pulau Babi Besar (aai..berapa punya najis la..) So bila petama kali nama itu di sebut kat anak-anak buah ketawa sakan diorang.(Teringat juga 20 taun dulu pernah nak buat niaga kongsi casino ngan kawan.... memain je sampai juga aku kat tempat tue.)Ape kabo dia lesap macam asap atau angin..

 Dengan budjet yang termampu seorg  RM400 bebudak separuh harga .Kos itu temasuk tambang bot dari jeti Mersing ke Pulau peri balik siap makan sarapan lunch and dinner dan chalet kira ok le tue.Suka sangat le tue.Dengan angatan segerombolan orang besor... (8 dewasa 3 remaja dan 4 kekanak) menyerang Pulau Babi Besar.Yang kesiannya abg ipar yang beria-ia ajak tue tak dapat ikut..pasal dia kena antar bini dia (kakakku) Ke KL ade keje masuk  beb...tv rtm1 Selamat Pagi Malasia.

Tuesday, January 18, 2011

Bermula lah..

Ini pertama kali aku menulis.. macam satu resolusi, tapi ketinggalan sangat, sekarang baru nak tulis blog? Yelah kat wayang pun tgh popular cerita Social Network( tak tgk pon...), terasa la nak mengikuti zaman..guna komputer dah lama, nak dikononkan tak boleh la, tapi semunya pasal kerja kerja kerja..So blog ni untuk luahan perasaan pendapat dan nak kongsikan pengalaman perlancongan( tersangaaatttttt la jarang). Tahun 2010 dulu baru la bermula keinginan melancong dan menikmati, kalau tak selama ni asek terperap kat dalam igloo( bawah selimut dalam bilik hotel aircond sejuukkk) tak pernah betul betul menikmati perjlanan/percutian yang sebenar.So dengan pengalaman sikit tu nak kongsila perasaan tu. tahun ni 2011 aku nak cuba merasa betul percutian.. kita mul dengan Langkawi...seminggu di utara semenanjung,,Apa laa rasa dia..