Dlm boat nak ke pulau

Dlm boat nak ke pulau

Sunday, October 9, 2011

Belalulah sudah ramadan dan syawal...

Berlalu sudah bulan ogos dan september promosi untuk raya bolehlah tahan sket hasilnya...atas bantuan kenkawan sekelilling dan juga jejiran yang seronoknya jualan tuk jusco baik meningkat lapang dada...namun bergitu masih belum memuaskan lagi... byk lagi perlu diperbuat.... Sungguh pun ada kemajuaan (alhamdulliah) tapi belum mencukupi bykruang harus diperbaiki . tak boleh nak mengharapkan saja kawasan sekeliling nak membantu... ade juga mencuba diluar daerah dgn menghantar email ke bajet hotel atau restorent...diharap dgn cara nie boleh benafas lega.... yelah sesungguh kalau dapat dipecahkan ruyung baru lumayan seh....Tapi ape yang buat tersenyum bila org dari jauh pun cari dan minta servis kita.....

Friday, July 8, 2011

Rasmi sudah....

Tanggal 6 jun 2011 menjadi saksi majlis perasmian kedai dobi DELIMA CHUCI termenteri sudah...Ibu kami Hajjah Dalimah telah merasminya dalammajlis yang agak sederhana.. hanya kawan terdekat jiran dan saudara serta adik beradik sahaja yang merainya..Okeylah kedai juga comel je sederhana besarnya semoga dapat memberi peluang rasa berniaga secara lebih serius.. mungkin ada debarnya tapi yakin 9 dari 10 pendapatan dari perniagaan.. insaaalah semoga berjaya amin...
 
 Dalam masasebulan nie agak slow juga dia punya flow tapi tak pe dapat juga bayar sewa dan bil api air kira okey juga...Pada mula nie hanya kengkawan serta sedar terdekat aje yang menjadi pelanggan kami...tapi semakin hari ada juga jiran terdekat dh mula menjadi pelangan tetap.. alhamdulliah semoga byk lagi yang datang.. ade juga kami merangka rangka strategi tapi takpe tunggu dulu bila agak stabil..tindakan akan dibuat cuma bersabar dulu (macam nak pecah kepla menahan sabar takpe sabar...)terkadang baru tau bila kita dah jadi bos fuh.. strategi kena bagus tanpa menekan orang keliling.. ialah dulu kita peduli apa fasal sale tapi sekarang sentiasa fikir fasal sale sale sale.. pade awal awal nie selalu call akak yang jaga kedai ade tak sale terkadang dapat jual air satu tin pun dah syukur banyak fasal ade orang sudi beli di kedai kita...kerana berkeyakinan kalau ade seorg yang sudi tentu insyaallah yang lain pun akan beli...

Sunday, May 29, 2011

Dugaan...

Agak pening juga.. bila apa yang dirancang agak terganggu sedikit. Kalau ikut perancangan Mei dah mula operasi kedai tapi tak di sangka dan amat memaranjatkan bila diberitakan kepulangan kerahmatullah suami kakak yang di muar pada 16/5...dan pada masa tu kakak tengah sarat jadi angah dan mak temanlah sampai selamat melahirkan anak seorg perempuan Ruhil Aisyah Fateha secara pembedahan...
 
 Bagaimanapun semua brgan di kedai semuanya dah selesai dan sudah mula beroperasi... cuma kengkawan terdekat yang byk menolong dan menyokong dgn memberi comfoter , sarung kusion dan sbgnya.Ialah buat masa ni tengah buat ujian sabun dan pewangi mana sesuai dan juga mendengar komplin org ramai..

 Dan mungkin 4 jun nanti akan dirasmikan.... semoga tiada halangan dan akanberjalan selancar mungkin...

Wednesday, April 27, 2011

In progress

Setelah memikirkan walau tak sedalam lautan tapi lemas jugalah...akhirnya nekad pertama dibuat..bersama rakan kongsi yang bukan org lain adik kakak dan anak sedara memulakan operasi menjana impian....
 Kami dah mulakan pelbagai tugas mana yang kena pergi corse, sattlekan pembelian brgan dan cari tapak... dan sesungguhnya impian itu ddah hampir terlaksana...

Tanggal 17 march 2011 telah terlahir sebuah pakatan 4 bersaudara yang ingin turut serta merasa dunia perniagaan...Walaupun tak sehebatmana cuma bisnes kecilan..pembukaan kedai dobi ala ala cafe yang dilengkapi wifi..perancangan awal kami ingin membuat dobilayan diri dimana pelanggan membasuh baju sendiri sambil menikmati keenakan kopi dan nasi lemak atau pun roti bakar dgn ditemani wifi agar tak merasa bosan sebab boleh fb layan google atau apa saje dgn alatan morden itu..

Dgan terlahirnya DFAN RD kami memutuskan untuk menjalankan bisnes pada awal jun..maka bermula 1 april  pelbagai perkara dah sattlekan dari mencari kedai dan telah di ubah suaikan hanya menatilampu siap dipasang. Hampir semua brgan telah dibeli cuma utk disusun atur...Oi...tak sabar rasanya nak melihat semua ini....hampir sebln sekiranya menikut jadual awa lmei dah boleh operasi...cuma jun di rasmikan...
sekiranya tak ada masalah kedai akan di beri nama Delima Chuci.

Diharap semuanya akan berjalan lancar walau dalam masa sebln dua niepelbagai masalah kecil tapi menguris perasaan mencuba melemah fikiran tapi bersabar dan cuba memahamkan situasi dan menanganinya dgn sabar..semoga Allah merahmati...

Sunday, March 27, 2011

Cuba nak menjana impian

Lama dah difikirkan cuma lambat dilaksanakan , munkin tak mudah untuk memebuat satu anjakan paradigma.... ialah membuat sesuatu yang bukan rutin biasa....dan apatah lagi ia melibatkan masa depan ataupun ada resiko...ialah apa pun hidup memang ada cabaran...terkadang terfikir juga untuk apa memilih pancaroba sedangkan kita boleh pilih rutin...yang lebih tenang dan mudah....
 
Mungkin itulah impian dan pengharapan...kita cuba nak berubah dari baik kepada lebih baik biar pun susah dan ada rasiko tetap teruskan kerana impian...Pelbagai jenis impian ada yang semudah membeli brngan dikedai atau setinggi astronat di angkasa...itu tak menjadi hal cuma yang penting pasang impian dan yakin akan kesudahannya nanti dgn pengharapan dan berusaha mencapainya.

Memasang impian sehingga terpaksa membuat satu anjakan paradigma memang bukan mudah..Ianya tak semudah impain kli pertama...(list dlm simpanan akak)..akan dikhabarkan...ianya buat pelbagai pertanyaan tentang kemampuan...akan berpanjangaan atau bolh berjaya tak..tapi ada pepatah yang berkata berani gagal baru berjaya...tapi tak nak gagal kot...ialah usaha tangga kejayaan...apa yang penting kerjasama...bersatu teguh bercerai....ingat artis ke...
 
Apa pun kita hanya berusaha..merancang dan merealisasikan cuma kejayaan dan keberterusan milik Allah tuhan maha pengasih dan penyayang lagi maha pemurah....

Monday, March 7, 2011

February...Penyu menangis siapa yang tahu

Tak tahu adik tak tahu
  sendu.....hatinya sendu...
tak tahu adik tak tahu...
  
Aaaa....aaaa....menangis akak....tanggal 22/2/11 cheh...sungguh durjana itu perampok sudah cuba dan jayanya memasuki rumah dan dengan rakusnya dia mengeledah serta menyepahkan rumah.Bukan itu aje dia ambil aa.......aaa...tv....tv...LCD 42 dan DVD player..kamera canggih adik dan byk lagi brgan letronik...sebuk juga lah nak selesaikan ke balai polis dan juga pengurus kawasan perumahantapi yg tak best bila terdengar desus desus dan mengatakan kita org hanya berderama aje keciwa rasanyatapi takpelah dah dasar org ygtak cukup kasih sayang memang bergitu biarlah dia terjun dgn labu labunya.... cam mana pun
.kesian kita orang dlm umah dah lebih 2 minggu tak menonton berita tak tengok astro dan cerita dvd rasa cam....aai tension........kat rumah ada computer ape lagi berebut mana nak main game mane nak berinternet dan nak tengok cerita-cerita dlm dvd....leceh betul...
dik kerna malas nak berebut (maklumlah jenis byk mengalah walhal pc tu akak yg punya) bukak kitab lama ternampaklah mak akak dia puji "aaa..bagus jangan beli lagi tv baca kitab atau buku berfaedah"...sekali fikir memang best kena pujingan mak macam anak bebaik...apa setahun tak yah beli tv...rasa nak jadi zombi ade nanti zombikgpisang dah abis ganti ngan zombi frust tak tengok tv...lagi haru...ooo tak  mungkin...
  Tak mungkin dan kerana itu dalam diam diam akak telah memaksa adik dan kaum keluarga yg lain bagi donation nak beli tv (mesti LCD 42 panasonic lagi) dan insya allah ianya akan terjadi yey...yey...dapat tenguk tv balik yey....yeh...Brangan yang lain tunggu rezeki mana tau berkat getah naik harga dan tanah kat kg menunggu laluan andai telah ditakdirkan dapat untung sejuta apalah sangat brg yang hilang tu... asal jiwa kental dan masih dikasihi allah tak ade ape nak berduka cita kan..kan...amin...
 

Tuesday, February 15, 2011

Sedekad milinium berlalu..

Diam tak diam dah 10 tahun milinium dulu popular dengan nama y2k....skrg dah 2011 mungkin tak terlambat untuk merasakan tahun baru biar pun dah february (tahun baru cina pun dah berlalu)tapi masih ada 10 bulan lagi nak ditempuh dan diatur perjalanan hidup.
 Mengenang permulaan milinium memang agak perit..menjadi pengutip anggur hampir 5 bulan perhg...sedikit perit tapi pandailah cari duit buat insuran, jual brg direct selling dan apa apa kerja yang berkaitan. Sungguh pun agak teruk dari segi kewangan sebab ade kereta nak dibayar dan apa apa bil nak di settle tapi dari segi kerohanian ok... malah amat merindui saat saat mengaggur dulu..Bukan nak kata apalah masa tu...kita tidur tak menentu...mula mula tengok tv samapai abih siaran...boring...pas tu start mengaji.....dan akhirnya sampai 5 bln tak rasa nak kerja asyik...tapi bila mengenangkan tak nak menyusahkan org keliling terpaksa pilih utk berkerja
mujur first time interview terus ade peluang dan sampai sekarang diam tak diam dah 10 thn kerja....
Menyelusuri 1 dekad milinium nie memang lain dan lebih mencabar bermula ditpt kerja (byk politik) dan usia yang dah berubah angka depan yang nak mengingatkan kemana kita selepas nie..masih nak kerja atau nak beralih jadi boss...Tue yang tengah difikirkan tak taulah bila nak ditindakkan...
 Jadi belum apa apa nie kita buat dulu apa kita nak...pi melancung sambil belajar kut (tak kira luar dalam) atau masuklah klas mana mana utk menambahkan ide...nak jadi apa kite selepas nie...ialah sedekad milinium dah berlalu....cuma tunggu sedekad ke 2020 (sikit punya popula masa Dr M memerintah)